Let’s Translate

16 September 2018 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 15 September 2018, kelas Let’s Translate telah diadakan di Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya. Seramai 10 orang peserta yang menyertai kelas ini.

Kelas ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan para peserta untuk menterjemahkan ayat dari Bahasa inggeris ke Bahasa Malaysia. Kelas ini adalah satu inisiatif pihak Pusat Internet untuk membantu para peserta yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

Kuiz Let’s Translate diadakan dalam bentuk KAHOOT. Para peserta membaca ayat dan memilih jawapan yang betul berdasarkan bentuk yang dipaparkan di projektor. Selain itu, para peserta juga disajikan dengan tayangan video ‘Bahaya Love Scam’. Ini adalah untuk meningkatkan kesedaran kepada mereka tentang bahaya penggunaan wechat dan juga media sosial jika disalahgunakan.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali